Laman ini sekadar luahan hati aku je, jangan kecik ati kalau tersalah kata but itu aku la tapi kalau salah tolong bagitau laRead more ...


Tahun Baru Dimensi Baru »

Tegas or not to terlalu tegas »

Gambor belt
Kadangkala terfikir juga aku nih adakah aku ini lembab dan tak terlalu tegas dalam satu aspek. Benda terjadi apabila dibincangkan tentang safety bagi kerja kerja binaan yang amaunnya rendah. Adakan perlu ditekankan tentang aspek keselamatan yang memakan kos yang tinggi. Ini mungkin menyebabkan bebanan kepada kontraktor. Impiannya adalah untuk semua dalam situasi menang menang namun objektifnya terhadap safety tetap di tekankan. Satu solusi perlu dicari hope before end of year 2009 aku dapat selesaikan benda alah nih.

Mungkin benda ni juga yang terjadi masa kita kat malaysia ketika mula-mula nak perkenalkan pemakaian tali pinggang bagi penumpang belakang. Yang diutamakan kepada safety namun suasana penerimaan rakyat sebaliknya. Mungkin kita sebagai rakyat terlalu fokuskan kepada wang berbanding nyawa kot. Tapi bagi yang mempunyai ramai anggota keluarga macam mana? hrmmm…

Selamat Menyambut Maal Hijrah »

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430H kepada para muslimin dan muslimat seluruhnya yang mengakses ke laman ni. Semoga tahun yang mendatang ini memberikan kepada kita kekuatan dan semangat dalam menghadapi apajua bentuk dugaan dan cabaran. Selain itu juga moga kita dapat memperbaiki diri kita supaya lebih baik dari sebelumnya insyallah

azam

2 Muharam 1430H 12.30tgh

2008 Makin Hampir Ke Penghujung »

Wah rasa semakin cepat masa berlalu dah dekat ujung tahun, skt semua kena conclude la rancang benda baru or perbaiki kelemahan yang telah dilakukan. Perancangan tahun depan pon dah mula rasanya makin banyak keja daa takpa ada masa lagi nak murnikan perancangan tahun depan. Tahun nih ada 2-3 projek gagal dilaksanakan sebab yang tak dapat dielakkan. Beralih tengok ke belakang banyak lagi benda kena buat hope so projek yang depan dirancang tak tergendala cam tahun ni. Satu benda yang aku baru dapat iaitu satu kursus train for trainer dengar susah gak nak lulus sebelum jadi trainer yang diiktiraf kompeten hehehe (yeke :) ) anyway banyak masa lagi. So tahun depan jugak rasanya dah cukup kot nak try apply for SHO.  Entahla so siapkan kerja dulu daa…end of take a break.

AUG 2008 »


AUG 2008 stand for Sukan Universiti asean 2008 yang mengumpulkan semua universiti dari seluruh negara dibawah asean, ianya mirip dengan sukan persahabatan yang lagi seperti mana Sukan SEA tapi ianya lebih mini. Untung gak aku jadi sebahagian dari komiti nih dapat gak sesuatu antaranya rehat percuma plus hotel dan baju-baju cemey. Atas tiket protokol di venue kegemaran ramai iaitu bola sepak aku berjaya menghabiskan dengan jayanya hampir dua minggu di kawasan lama iaitu sg merab stadium maybank dan stadium petronas.

And now balik kena kerja balik seperti biasa  :)

« Previous posts